Induksi: latihan dalam kumpulan

hari ni aktiviti kat induksi cuma latihan dalam kumpulan...pepagi lagi kami berkumpul di dewan Rafflesia utk aktiviti yang telah dirancang...mula2 kami ditayangkan dengan beberapa video sebelum bermulanua aktiviti LDK...ada 2 orang intruktor yang terlibat iaitu En. Wan dan En. Kamal...mcm2 aktiviti kami kena buat...kena berkenalan dengan semua orang..bertukar2 tempat duduk berdasarkan apa yang dia sebut...siap kena berpoco2 lagi...

pastu pada petang lak, kami dibahagikan sekali lagi kepada kumpulan, kali ni aku ambil kesempatan satu group dengan nisah...yer ar, syarat dia tkleh satu tempat yang sama dengan rakan sekumpulan, so aku boleh la satu grup ngn nisah...bila dh bahagi pd kumpulan, kami dikehendaki memberi nama kepada kumpulan, trademark, lagu kumpulan dan "cheers kumpulan"..dorang cuma bg masa 5 minit je tuk siapkan...aku cdgkan kumpulan kami diberi nama "kamikaze" yang membawa maksud berani mati..dah sumer pakat tkde idea, aku bg jerla yg tu...siap aku buat lirik lagu gak..."go! go! go! kami kamikaze...go!go!go! berani berjuang!!!!"...hahaha, mcm lawak sangat kalo ingat masa kena present...tp bessstttttt!!!!!...

lepas tu lak kami kena tutup mata dengan sarung bantal yang dorang suh bawak...dah sumer orang tutup mata, ketua kumpulan jer yang akan guide kami..bygkan dari tingkat 6, dia berjaya bawak kami sampai ke tepi pantai..mmg mencabar..hampir 2 jam mata tertutup..betapa susah rasanya nak berjalan, tp berkat kerjasama ahli kumpulan, sumernya ok dan kami selamat sampai tanpa de yang terjatuh lam kolam renang...hehe...

dah setel aktiviti tutup mata, di pantai, kami diarahkan pulak membawa gelas yang berisi air yang penuh dan diletakkan di atas sehelai kain batik...kesemua ahli kumpulan dikehendaki memegang bucu kain tersebut dan mengangkat gelas dan perlu diimbangi supaya gelas tidak terbalik..jauh gak nak jalan, siap kena masuk lam air kat pantai..part tu yang paling mencabar sbb nak kena tahan air dr terbalik, nak kontrol kaki lg jalan dlm air, dahla byk batu n kulit2 siput..sampai sakit tapak kaki bila terpijak serpihan2 kulit siput..tp tahan jer...nak gak menda tu sampai..kalo tumpah kena ulang balik..tak sanggup la kan...so grup kami buat dengan sebaik mungkin, dan akhirnya menjadi grup yang kedua tiba ke destinasi yang ditetapkan...giler rasa lega lepas tu..memang hepi sangat bila berjaya buat dengan cemerlang..thanks to all my grup..korang memang sporting n bagus lah...even baru kenal, tp leh berkerjasama dengan baik...harap lepas ni kalo de lagi LDK, kita buat dengan cemerlang lagi k...

oklah tuk ari ni, sok2 kalo sempat, aku hapdet lagi..esok dh mula start ceramah dah..mungkin tak dpt nak online dah la..sbb malam pun de sesi ceramah gak..konpem ngantuk ni, tp kena pulun gak sbb de ujian nanti, wajib kena lulus lak tu..kalo tak, lambat la nk sah jawatan..huhuhu...



post signature





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan: